Sakit Kepala
Pengenalan
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat . Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
Sebab Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
- Tekanan (tension headache).
- Kemurungan
- Migraine (penyempitan salur darah)
- Penyakit serta ketegangan dalam mata.
- Sakit gigi dan tulang rahang.
- Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
- Kejang otot.
- Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
- Angin Ahmar
- Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
- Tekanan Darah Tinggi
- Pengambilan dadah dan racun
Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
- Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
- Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
- Cuba teknik bertenang dan urutan.
- Jika migraine, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
- Kendalikan tekanan anda dengan baik.
- Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
- Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
- Demam.
- Jika anda melebihi 40 tahun.
- Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
- Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
- Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
- Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
- Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
- Kejang tengkuk/leher.
- Khayal/lali.
- Sawan.
- Rasa lemah dan kebas.
- Kabur penglihatan atau buta.
- Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
- Loya, muntah.
- Hilang selera makan dan susut berat badan.
- Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
- Tangani tekanan anda dengan baik.
- Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
- Pemakanan seimbang.
- Kerap bersenam.
- Berhenti merokok.
- Amalkan gaya hidup sihat
Soalan Lazim
Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
Kajian mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang positif.
Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya atau tidak?
Tidak.
Lain-lain tips adalah :
1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.
2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).
3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.
4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.
5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:
Kerana kebanyakan sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.
RAWATAN ISLAM
1)Baca surah Al Waqiah ayat 19 dan kemudian hembuskan pada tangan.
2)Letakkan tangan atas kepala di tempat sakit. dan Letakkan tangan atas kepala di tempat sakit
Surah Al Waqiah ayat 19
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya
No comments:
Post a Comment