Welcome. MyDiary is special for MyMoon - make a note each day

Followers

30 May 2012

Mengapa Rasullah Melarang Minum Berdiri

ANTARA KEBURUKAN MAKAN ATAU MINUM SAMBIL BERDIRI



" TEKAK BERASA HAUS . KAKI BERJALAN LAJU MENUJU KE DESTINASI . TANGAN MENCAPAI SEBOTOL AIR MINERAL LALU MENEGUK DENGAN HABIS SEKALI GUS SERTA MERTA RASA HAUS ITU HILANG . NAMUN PERUT BERASA SEDIKIT SENAK DAN KEMBUNG . KAKI TERUS MENGORAK MENUJU KE DESTINASI KERANA WAKTU AGAK SUNTUK. TIDAK ADA MASA UNTUK BERFIKIR APA YANG SEDANG BERLAKU DI DALAM PERUTNYA."

Makan dan minum berdiri sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita pada hari ini bahkan ada yang melakukannya sambil berjalan atau berlari . Orang tua sering melarang kita melakukannya . Mungkin kita menganggap ia sebagai satu nasihat biasa yang tidak lebih untuk menjaga adat dan juga kesopanan .

Memang benar , dari kaca adat , kelakuan ini dilihat sebagai tidak senonoh . Namun dari kaca mata agama , Islam melarang perbuatan yang sudah menjadi amalan masyarakat kita pada zaman yang serba cepat ini.

Rasulullah SAW bersabda
"Janganlah ada di antara kalian bersungguh-sungguh minum sambil berdiri , sesiapa yang lupa maka hendaklah dia memuntahkannya."Riwayat Muslim





Dalam Riwayat Muslim lagi , daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w melarang seseorang itu minum sambil berdiri , kemudian kami bertanya , "Bagaimana kalau makan?" Baginda berkata , "Demikian itu lebih jelik dan buruk."


Tentu sekali ada hikmahnya Islam melarang manusia melakukan perkara tersebut. Setiap perkara yang dilarang oleh Islam pasti ada hikmahnya .


Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.


Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.



ANTARA KEBURUKAN MAKAN ATAU MINUM SAMBIL BERDIRI DARI KACA MATA KESIHATAN IALAH :

1. Apabila berdiri , saraf-saraf manusia berada dalam keadaan tegang. Ia sedang bekerja keras untuk memastikan kedudukan otot stabil agar tubuh tidak jatuh semasa berdiri. Ini melibatkan kombinasi banyak sistem saraf nyang mengkoordinasi dengan sistem otot termasuklah sistem saraf dalam usus. Makan atau minum sewaktu berdiri juga boleh merangsang saraf yang mengawal perut iaitu 'vagus nerve'(10th cranial nerve). Urat ini juga berfungsi untuk memperlahankan jantung. Rangsangan vagus nerve ini boleh menyebabkan jantung menjadi perlahan dan menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan atau pitam seketika. Bagi pesakit jantung , ia boleh membawa maut .

2. Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan luka atau 'ulcer' pada perut. Makanan dan minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus seseorang menyebabkan 'ulcer' atau luka berlaku. Kajian perubatan mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat yang biasa berlakunya perlanggaran antara makanan dan dinding perut .

3. Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan kerosakan pada salur pencernaan . Apabila berdiri , makanan dan minuman akn jatuh dengan deras ke dalam salur pencernaan . Jika hal ini berlarutan , ia akan mennyebabkan usus jatuh dan hilang sebahagian fungsinya.

Kesimpulannya , makan dan minum sambil duduk lebih sihat , lebih selesa dan lebih sopan kerana apa yang diminum atau dimakan seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lembut .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...