Welcome. MyDiary is special for MyMoon - make a note each day

Followers

6 Jun 2012

FAEDAH, KEBAIKAN & KELEBIHAN SAUNA

FAEDAH, KEBAIKAN & KELEBIHAN SAUNA


Anda mempunyai masalah seperti dibawah?
1) Tiada masa pergi berjogging?
2) Tak sempat langsung nak bersenam?
3) Resdung, pagi-pagi selalu bersin?
4) Badan terasa lenguh-lenguh, sakit sendi serta letih?
5) Berpotensi kena serang darah tinggi dan kencing manis?
6) Berat badan naik selepas bersalin?


Sauna sesuai buat anda yang telah lama mencari penyelesaian bagi:
1) Mengatasi kenaikan berat badan.
2) Ibu-ibu yang lepas bersalin.
3) Ingin mengamalkan cara hidup bersenam tetapi sentiasa sibuk.
4) Badan sentiasa letih dan tak bermaya.
5) Ingin kekal sihat.



Kebaikan & Kelebihan Apabila Anda Bersauna
  •     Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam.
  •     Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
  •     Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
  •     Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
  •     Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll.
  •     Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.
  •     Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.
  •     Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin.
  •     Memecahkan lemak-lemak yang berlebihan dalam badan anda.
  •     Menghaluskan kulit. (Tips menghaluskan kulit, lakukan lulur/scrub badan selepas anda bersauna.     Hasilnya kulit anda akan bertambah halus dan gebu.)
  •     Menghilangkan kesakitan sendi, arthritis, urat dan sengal-sengal badan.
  •     Membantu masalah sukar tidur.
  •     Menjadikan badan terasa lebih ringan dan bertenaga.
  •     Sangat baik untuk wanita yang baru lepas bersalin bagi menggantikan tangas
  •     Menyembuhkan luka-luka selepas bersalin.
  •     Meningkatkan kadar metabolisme yang membantu dalam mengurangkan berat badan.
  •     Terbukti dapat menurunkan berat badan secara pembakaran lemak dari dalam.
  •     Dapat megeluarkan toksik dari dalam badan secara perpeluhan.
  •     Meingkatkan sistem sistem kardiovascular.
  •     Meningkatkan sistem immunisasi badan.
  •     Mengurangkan keletihan dan membolehkan anda tidur nyenyak.
  •     Berupaya menghilangkan stress dan meningkatkan kualiti hidup.
  •     Membantu merehatkan otot-otot .
  •     Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisma badan.
  •     Berupaya menggantikan sel-sel kulit yang mati dan menjadikan kulit lebih halus,berseri,licin dan segar.
  •     Meredakan selesema dan demam.
  •     Mengurangkan sakit sendi.
  •     Mengurangkan angin dalam badan.
  •     Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin.


Perbandingan Sauna dengan aktiviti fizikal lain

    Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori.
    Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori.
    Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.
    Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
    Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori.


Sememangnya bersauna telah diakui berkesan di seluruh dunia mampu membakar kalori , memecahkan lemak seterusnya menyihatkan tubuh badan sejak dulu lagi.. Jelas, bersauna dapat menggantikan aktiviti senaman. Anda sentiasa sibuk? Tiada masa bersenam? Tidak suka bersenam? Tiada kelengkapan dan kemudahan bersenam? Semua itu bukan alasan lagi...


Fakta Kelebihan Sauna

MENGELUARKAN TOKSIN
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

MENGURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

MENYEMBUHKAN MASALAH KULIT
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

MEMBUNUH BAKTERIA & VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...