Welcome. MyDiary is special for MyMoon - make a note each day

Followers

29 May 2012

3 Sebab Cepat Marah

Motivasi Diri – 3 Sebab Utama Kenapa Anda Cepat Marah




Siapa pun bisa marah - marah itu mudah. Tetapi, marah pada orang yang tepat, dengan kadar yang sesuai, pada waktu yang tepat, semi tujuan yang benar, dan dengan cara yang baik - bukan hal mudah.
Aristoteles

Wanita dapat memendam cinta selama 40 tahun, tetapi tidak dapat memendam kebencian dan kemarahan walau sesaat.
Peribahasa Arab


Mengapa Anda cepat marah?

Ada 3 sebab utama.

Sebab 1: Anda tidak kawal emosi.

Orang yang cepat marah adalah orang yang tidak mengawal emosi, malah membiarkan marah menguasai dirinya. Orang yang cepat marah cepati dibodoh-bodohkan oleh orang lain, iaitu dengan ‘memancing’ kemarahannya. Bila sudah marah, biasanya tindakan akan jadi membuta-tuli.

Sebab 2: Ego, bangga diri, riak.

Anda cepat marah sebab ego Anda dicabar bila mana Anda merasa Anda direndah-rendahkan, Anda rasa kalah, Anda rasa Anda tidak dihormat. Jika Anda memiliki salah satu daripada 3 perkara tadi, itu tandanya Anda terlalu mengagungkan diri Anda. Anda terlalu menilai tinggi siapa diri Anda. Anda cepat marah sebab Anda tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati, merasa terhina apabila Anda terjumpa orang yang lebih hebat daripada Anda. Marah sebegini biasanya wujud dalam bentuk emosi tidak puas hati.

Sebab 3: Anda orang berfikiran negatif.

Orang yang berfikiran negatif adalah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Anda cepat marah kerana di hati Anda tidak wujud istilah maaf. Anda tidak mahu memberi maaf dan Anda malu untuk meminta maaf.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...